About Islam =D
Thursday, 14 February 2013
Sunday, 16 September 2012
Hikmah Beramal Dengan Al-Quran :)
Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin
yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu
yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada didalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
(Abu Daud & Ahmad)
Kelebihan Beramal Dengan Al-Quran
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Nota: Bukanlah kita beramal untuk mendapatkan kelebihan. Amal perlu kepada Ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Adapun kelebihan (hikmah) hanya wujud sekiranya kita beramal dengan penuh yakin dan Ikhlas. Insya-Allah.
yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu
yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari & Muslim )
Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada didalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
(Abu Daud & Ahmad)
Kelebihan Beramal Dengan Al-Quran
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Nota: Bukanlah kita beramal untuk mendapatkan kelebihan. Amal perlu kepada Ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Adapun kelebihan (hikmah) hanya wujud sekiranya kita beramal dengan penuh yakin dan Ikhlas. Insya-Allah.
Sunday, 2 September 2012
Khasiat Ayat Kursi

Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang
Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah
tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag
boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala
apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah
mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih
luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara
keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
[Allah! There is no god but He, the Living, the
Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are
all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in
His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His
creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass
aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over
the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and
preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah.
Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan
beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan
kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang
menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI
kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang
megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
-
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
-
Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
-
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
-
Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
-
Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
-
Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
-
Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
-
Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
-
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
-
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Solat Jumaat
apa itu solat jumaat?
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.
Firman Allah SWT:
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.
Firman Allah SWT:
"Wahai
orang-orang
yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari
Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah
[dengan mengerjakan solat Jumaat, dan tinggalkanlah berjual beli [pada
saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui
[hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9).........
Syarat syarat bagi menunaikan solat jumaat ni
pula...
Syarat sah solat jumaat
Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telahpun duduk di atas mimbar. Berkata imam An-Nawawi yang maknanya : “Berkata Ash-hab Syafi‘ieyah: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah ditegah untuk memulakan sembahyang sunat, mereka menaqal bahawa telah ijma‘ ulama dalam perkara ini. Dan berkata Pengarang al-Hawi: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah haram ke atas orang yang berada di dalam masjid untuk memulakan sembahyang sunat, jika waktu itu dia sedang di dalam sembahyang hendaklah dia duduk (berhenti)”(Al-Majmu‘: 4/472). Haram mendirikan sembahyang sama ada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sunat sekalipun qadha sembahyang itu wajib disegerakan. Umapamanya orang yang meninggalkan sembahyang Subuh tanpa sebarang uzur, maka haram dia melakukan qadha Subuh itu sejak dari waktu duduknya imam itu sekalipun sebelum dia membacakan khutbah. Atau sekalipun dia yakin yang dia boleh selesai dan sempat mengikuti permulaan khutbah, sebagaimana yang telah dii‘timadkan oleh al-Ramli dalam Fatawanya. (Fathul ‘Allam 3/111) yang lama aku pendam... khatib dah mula baca khutbah, ada yang masuk masjid buat solat sunat... bukan ke mendengar khutbah tu rukun?.... dah la mengganggu orang nak dengar khutbah.. boleh pulak berdiri kat depan orang... lagi satu pulak yang aku perati kat dalam masjid masa khatib baca khutbah.. orang tidur...hum... encik, kalau nak tidur baik balik rumah jer.. erm.. malu dengan kawan2 tak pergi masjid ke? ish ish.. malu dengan kawan apa ada hal... malu lah dengan pencipta bang oi...xder makna abang buat sesuatu kalau rukunnya dah tinggal. siap ada yang meleleh airliur lak tu.. ape kes.. yang ni lagi satu.. tau la ada henpon mahal.. yang ko pegi layan facebook masa khatib baca khutbah sama la dengan yang kat atas ni... huhu... ape nak jadik ni... mari kita sama sama fikirkan.. muhasabah diri masing2.. aku bukan lah sempurna.. sekadar meluahkan apa yang terpendam.. dengan sedikit ilmu untuk mengingatkan. sekiranya apa yang aku luahkan ni salah.. tolong lah bagi teguran... قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" |
PERBEZAAN QUNUT NAZILAH DAN QUNUT BIASA
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada
setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca
pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
DOA QUNUT NAZILAH?

MAKSUDNYA :
'Ya Allah, sesungguhnya
kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami
memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada
Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada
Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
QUNUT YANG BIASA DIAMALKAN

Maksudnya:-
Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya
untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada
segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau
sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi
Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa
yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada
Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera
keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .. :D
Bacaan Dalam Rumi Dan Maksudnya
Hikmah Rasul Diutuskan
Apabila kita berbicara tentang Rasul, ramai yang akan "take for granted"
para Rasul. Mereka belajar dari kecil tentang para Rasul, dan menghafal
nama-nama mereka. Apabila mereka membesar, kecintaan kepada Rasul dan
ittaba' (pengikutan) kepada sunnahnya semakin kurang. Mari kita melihat
beberapa peranan Rasul yang begitu besar impaknya kepada kehidupan
manusia.
Matahari telah diciptakan agar ia dapat menjadi satu cahaya yang
membakar dan menjadi sumber tenaga kepada kehidupan di muka bumi. Air
pula telah diciptakan sebagai elemen asas dalam kebanyakan kehidupan,
tanpanya mustahil sesuatu kehidupan boleh hidup. Air yang mendapat
tenaga dari cahaya matahari mengewap menjadi awan, lalu angin meniupnya
tempat asal pengewapan berlaku ke tempat lain untuk ia jatuh sebagai
hujan. Binatang ternakan diciptakan untuk disembelih lalu dimakan oleh
manusia. Bahkan apa sahaja yang dicipta pasti ada hikmah dan kegunaannya
untuk manusia. Begitu juga para Rasul, mereka mempunyai peranan yang
sangat besar kepada manusia keseluruhannya. Dengan adanya mereka,
manusia dapat;
- Mengetahui hakikat kewujudan manusia.
- Mengenali Pencipta yang telah mencipta manusia.
- Sedar tentang kematian dan kehidupan selepasnya.
- Membaiki keadaan manusia sendiri.
Peranan yang besar ini tidak lari dari tugas umum para Rasul untuk
membawa rahmat kepada kaum mereka, dengan pengecualian Nabi Muhammad
SAW, sebagai penutup sekalian Nabi dan Rasul yang membawa risalah Islam
ini kepada seluruh alam tanpa terbatas dengan masa, tempat, dan
kelompok.
"Dan tidaklah Aku utuskanmu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam" (al-Anbiya', 21:107)
Mengetahui Hakikat Kewujudan Manusia :3
Hakikatnya, seorang yang terjaga fitrahnya dan tidak dirosakkan, akan sentiasa tertanya-tanya beberapa soalan asas. Ia adalah;
- Dari mana kita datang?
- Apa tujuan hidup kita?
- Ke mana kita akan pergi setelah mati?
Nabi Ibrahim menjadi bukti yang tercatat di dalam al-Qur'an tentang
kefitrahan manusia untuk mencari halatuju hidup. Lihatlah dan renunglah
ayat-ayat berikut:
Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada ayahnya, Aazar, "Adakah kamu menjadikan berhala-berhala itu sebagai Tuhan? Sesungguhnya aku mendapati kamu dan kaummu berada dalam kesesatan yang nyata." Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami yang terdapat) di langit dan bumi dan (Kami memperlihatkannya) agar dia termasuk orang yang yakin. Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam". Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku." Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pasti aku termasuk orang yang sesat". Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka apabila matahari itu terbenam, dia berkata: "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan." (al-An'am, 6:74-79)
Sebijak manapun manusia, mereka tidak akan mampu memberi definisi secara
sendiri terhadap tujuan hidup mereka. Apa yang mampu mereka berikan
hanyalah definisi-definisi yang terbatas dalam ruang lingkup kehidupan
dunia yang sempit, sedangkan "...kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang mempedayakan" (3:185).
Atas dasar tersebut, manusia tidak akan dapat mengetahui hakikat
kewujudannya tanpa pengutusan RasuluLlah oleh Allah kepadanya, bagi
membawa risalah "kehidupan" bagi manusia.
Mengenali Pencipta :3
Satu kenistaan yang sangat besar adalah apabila seseorang manusia hidup
di atas muka bumi tanpa mengenali siapakah penciptanya. Bahkan satu
pembohongan yang lebih besar ialah apabila segala penciptaan disandarkan
kepada "mother nature" dan bukannya Tuhan sekalian alam. Manusia yang
tidak mendapat risalah kebenaran, mereka akan mengatakan bahawa bumi dan
segala sistem di angkasa tercipta dengan "kebetulan". Manakala kejadian
segala jenis kehidupan di muka bumi pula terjadi melalui teori evolusi.
Dahulunya semua yang bernyawa berasal dari organisma yang sama, lalu ia
terevolusi sehingga menjadi apa yang terjadi sekarang.
Dengan pengutusan RasuluLlah SAW dan juga para rasul sebelum baginda,
manusia dapat menghubungkan dirinya dengan Tuhan. Manusia dapat
mengenali Tuhan yang telah menciptakan mereka, dan mereka juga dapat
mengenalpasti halatuju mereka.
Perbezaan orang yang mempunyai halatuju dan tidak adalah umpama
seseorang yang membuat satu garisan di atas kertas yang putih. Dia
menggerakkan penanya secara rawak sehinggalah kertas putih tersebut
habis dipenuhi garisan tersebut. Menconteng tanpa halatuju, ke mana akan
pergi, dan bila perlu habis menconteng. Berbeza dengan orang yang telah
menandakan titik permulaan dan titik pengakhiran, mereka akan jelas di
mana mereka harus berhenti dan jalan apa yang harus mereka ambil.
Kerjanya juga lagi mudah, tidak perlu habis diconteng kertas putih baru
tertanya, "Eh, ke mana aku nak pergi?".
"Dan tidaklah kami mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorang rasulpun melain Kami telah wahyukan kepadanya bahawa: 'Tiada Tuhan melainkan Aku maka beribadahlah kepadaKu!' " (al-Anbiya', 21:25)
Para Rasul tidak diutuskan melainkan untuk membawa mesej yang begitu jelas ini.
Kematian dan Kehidupan Sesudahnya :3
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Semua manusia mempercayai
hakikat ini, dan tidak ada yang dapat lari darinya. Apa yang berbeza
ialah, bagaimana manusia mentafsirkan kematian dan kehidupan sesudahnya.
Satu kefahaman yang popular di kalangan orang-orang barat seperti mana
yang tergambar di dalam lirik sebuah lagu; "It's my life, it's now or never, I ain't gonna live forever...".
Bagi mereka, kematian itu adalah kepastian, namun kehidupan itu satu
tempat untuk merasai segala sesuatu sebelum tiba saat yang tidak ada
patah balik. Maka dengan itu, terjadilah banyak gejala sosial dan
jenayah, dan ia menjadi satu wabak yang tersebar ke seluruh dunia.
Ada pula yang meyakini bahawa kehidupan selepas kematian bergantung
kepada sikap seseorang sebelum mati. Sekiranya baik, kemungkinan mereka
akan dibangkitkan di dunia sebagai seorang yang lain. Jika jahat, mereka
akan dihidupkan semula dengan "bentuk" yang baru, sama ada binatang,
pokok dan seumpamanya.
Dengan adanya Rasul yang membawa risalah kebenaran, manusia mengetahui
tentang syurga dan neraka. Manusia tahu tentang titian sirat, tentang
hari hisab, tentang hari kebangkitan, tentang pengumpulan di padang
mahsyar, tentang nikmat dan azab kubur, dan tentang segala perkara
setelah mati.
"Rasul-rasul (yang Kami utuskan itu semuanya) pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang kafir dan berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia hujjah ke atas Allah (pada hari akhirat nanti) sesudah diutuskan Rasul." (an-Nisa', 5:165)
Orang-orang yang telah sampai risalah ini kepadanya, lalu mereka beriman
dengannya dan beramal dengan segala tuntutannya, maka bagi kemenangan
yang agung. Begitu pula sebaliknya.
"Barangsiapa yang dijauhkan dari api neraka dan memasuki syurga, maka dia telah berjaya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu daya" (Aali Imran, 3:185)
Membaiki Keadaan Manusia :3
Manusia yang pada asalnya tiada pedoman, hanya mengikuti apa yang
dirasakan benar menurut pandangannya yang terbatas dan sempit. Kebenaran
hanya dilihat menerusi perspektifnya sahaja. Maka tempat-tempat yang
berbeza dan keadaan-keadaan yang berbeza menatijahkan kefahaman yang
berbeza terhadap dunia, dan halatuju hidup.
Dengan kedatangan para Rasul kepada mereka, Allah mengeluarkan manusia
daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kegelapan
kejahilan kepada cahaya Islam, seperti mana yang pernah disebutkan oleh
Rabi' bin Amir kepada Raja Parsi ketika membawa risalah Islam kepada
Parsi:
Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami bebaskan (merdekakan) manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Allah juga telah membangkitkan Rasul dengan tujuan mendidik dan membimbing dengan kebenaran risalah ISLAM
"Dialah yang telah membangkitkan dari kalangan orang ummiy seorang rasul (Muhammad) yang (juga) merupakan dari kalangan mereka, dia membacakan ayat-ayatNya ke atas mereka, menyucikan mereka (dari kotoran jahiliyah), dan dia mengajar mereka al-kitab dan al-hikmah. Sedangkan sebelum itu, mereka berada di dalam kesesatan yang nyata" (al-Jumu'ah, 62:2)
Manusia-manusia yang telah jelas hakikat-hakikat asas tentang kejadian
penciptaan diri mereka sendiri kemudiannya memainkan peranan yang besar
untuk menyampaikan risalah yang mulia ini kepada orang lain pula. Mereka
menjadi saksi kepada manusia seperti mana ar-Rasul menjadi saksi ke
atas mereka;
"Dan demikian itu Kami jadikan kamu satu ummah pertengahan agar kamu menjadi saksi ke atas manusia, dan agar Rasul menjadi saksi ke atas kamu" (al-Baqarah, 2:143)
Selain dari itu, RasuluLlah SAW
yang mulia juga diutuskan untuk memainkan peranan pengislahan akhlaq
manusia; "Sesungguhnya aku dibangkitkan (sebagai Rasul) untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlaq" (Bukhari).
Kesimpulan :o
Kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW adalah kerana peranan yang begitu
besar Baginda kepada kita sebagai umat akhir zaman. Pengorbanan yang
ditunjukkan oleh Baginda di dalam sirahnya tidak menatijahkan sesuatu
yang lain selain dari terbitnya rasa sayang dan cinta kepadanya. Namun
hakikat ini hanya dapat dirasai jika seseorang benar-benar ikhlas di
dalam meniliti sirah tersebut. Bahkan tidak cukup sekadar itu, amal
menjadi bukti kecintaan seseorang. Adalah tidak melampau jika dikatakan
bahawa orang yang benar-benar mencintai RasuluLlah adalah orang yang
benar-benar mengamalkan sunnahnya. Bukan dari segi pemakaian
semata-mata, atau pemakanan semata-mata, tetapi dalam seluruh aspek
kehidupan, termasuk sunnahnya yang terbesar - dakwah.
Saturday, 1 September 2012
Kelebihan Surah Al-Baqarah =D
Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:
1. Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.
Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;
- Surah Al baqarah ayat 1-5
- Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
- Surah Al Baqarah ayat 284-286
Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.
2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah
Ini merupakan salah satu fadhilat dan kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :
“ Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.
Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :
“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”
“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.
Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.
3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:
“ Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “
4. Mengelak dari terkena sihir
Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.
Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.
Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dari Majlis zikir
Subscribe to:
Comments (Atom)
